ONCE-Aku Mau

Arini aku nak update satu lagu ni.aku suke lirik lagu ni.tak taula knpa.haha.korang dengar jela lagu ni k?mungkin lagu ni akan lama dalam blog aku ni.peace yaa!


Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu

Kisah Semalam

sepeti kebiasaan aku bangun kul 12/1.terdengar sayu panggilan bapak aku(nak.bangun.da tengahari nie.bgun belajar).terus aku bangun walaupun dalam hati panas je bapak aku suh belajar.haha.pastu aku naik atas g bilik aku.actually nak bajet macam nak mandi depan bapak aku.tapi bile sampai bilik je aku terus kunci pintu and baring.hehe.aku dengar kreta bapak aku berbunyi.(Yes2!bapak aku da kua!).haha.masenye tuk aku turun balik.aku g bagi makan kat rabbit aku kat belakang rumah tue.aduhai.jenuh tul la bg makan kat rabbit aku nie.dahla lambat nak ngandung.dorang tak kuat romen!tuela tak ngandung2 si betina tu.pastu seperti biase duduk depan pc(ape lagi on9 la!).aku nie kalau takde komputer takley.nnti boring tahap max!sampai la petang.terlintas difikiran aku.nak jumpe yatie la.aku terus msg yatie "sayang.nnti kalau da balik cakap tau?asyam nak datang jumpe ucuk".aku terus g mandi sebersih2nye.mane taknye.tak mandi sampai ke petang(bau tengkik oouuuhh!).keluar je dari bilik air dengan berbekalkan tuala menutup segale aurat aku,(sexynyew aku.haha!)aku terus tengok handset.ade pulak msg dari yatie "sayang.ucuk da sampai rumah da" aku ape lagi.terus g pkai bju.aku terus g Pantai Dalam.akhirnye sampai gak aku kat pantai dalam.aku kol yatie "sayang asyam da sampai ni".aku tunggu(1minit,2minit,3minit,4minit,5minit,6minit,7minit,8minit,9minit,10minit).aku kol yatie lagi "sayang mane nie npe lambat?" dia cakap "jap sayang ngah siap ni".rupe2nye die baru abis mandi.haha.patut la lambat je.perut aku da lapar sangat nie.dari pagi tak makan lagi.pada mulanye nak makan kat Ali Cafe.tapi takde parking plak.aduhai.yatie cakap "sayang.kita g mid jom".aku ape lagi.g la mid.aku makan kat food court kat 3floor.aku makan Young Tau Foo!dia makan Nasi Ayam.(wah!kenyang gile!).sambil2 makan tue aku cakap kat dia "nak g mane plak pas ni sayang" dia cakap "g dataran nak?ley tangkap gambar".kitorang pown berangkat ke dataran.sampai je kat situ dataran tutup plak.aduhai.camne nie.die cakap "g titiwangsa nak sayang?"aku ok je.haha.aku ngn die pown g titiwangsa.sampai titiwangsa kitorang duduk 2 tagkap gambar.nk tgok gambar2 yang di tangkap?tgok bawah.




bertapa xD



muke comel yatie xD



antara muka comel aku xD hahaha

after penat aku ngan yatie pown balik.tamat la cerita aku hari ini!

^_^

Beruk!

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
Sam & Dol : Paham cikgu!
Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??
Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati)

Isteri!

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..."

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. "Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang .... ayang masih di sisi abang.

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah kuat...

Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS KAU SEKARANG!!


hahahaha!!
xD

Suami Setuju

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!



hahaha.kelakar memang kelakar.tapi ade pengajarannya.nak tau ape pengajarannya?
LU PIKIRLA SENDIRI!
^_^
PEACE!

Happy Anniversary Sayang!

hari ni 17/4/2009.kalau korang nak tau hari ape bace title.hehe.sejak aku dan siDIA bersatu pada 17/11/2007 byak yang dilalui.suka dan duka silih berganti.tapi alhamdulillah kami masih kekal bersama.sekarang ni die da start keje.maklumlah da abis belajar.hehe.mungkin agar sukar aku nak jumpe ngn die skarang nie.tp takpe.aku paham situasi die sekarang nie.korang doa2kan hubungan aku dan yatie ye?jgn lupe..ngee~

untuk mucuk;sayang.terima kasih atas everything yang ucuk korbankan tuk asyam selama hubungan kita ini sayang.banyakkan suka duka yang kita harungi?kita menangis.kite ketawa.semuanya bersama.asyam nk sentiasa disisi ucuk saat susah dan senang sayang.asyam akan pertahankan hubungan kita ini dengan nyawa asyam.sayang.selagi asyam bernafas kat dunia ini.dalam hati asyam hanya ada diri ucuk.tidak akan ada pengganti diri ucuk kat dunia ciptaan Allah ini.HAPPY ANNIVERSARY YANG KE-1thn 5bln SAYANG!

71117

50 Tips Pikat Lelaki!

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

5 Tips Dalam Berpasangan

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya. Dan sekiranya anda mempunyai pendapat, sila hantarkan melalui ruangan komen di bawah ini.

terbalikkan no pin ATM anda!

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebarkanlah maklumat ini seluas mungkin untuk manfaat kepada orang lain.

keluarga

keluarga aku

AYAH
aku rindukan kasih sayang dari seorang insan yang bernama AYAH.mungkin dlu aku kehilangan semua itu.tapi tidak lagi sekarang.ayah dah berubah.ayah kembali seperti dlu.ayah.terima kasih kerana kerana kembali dan beri kasih sayang pada ibu,abil,dan adik2.abil sayang ayah.
IBU
insan yang bernama ibu.ibu aku seorang yang tabah.tabah menghadapi segalanya.aku banyak menyakiti hati ibu.aku hancurkan harapan ibu tuk lihat aku berjaya.maaf ibu kerana hancurkan harapan ibu.ibu.doakan abil berjaya dimasa hadapan.abil akan usaha tuk hadiahkan kejayaan hidup abil tuk ibu.abil sayang ibu.
ADIK KAMIL
mil.tahun ni kamu amik PMR dik.abg doakan kamu berjaya dalam PMR kamu.jgn terlalu leka dalam hidup kamu.abg taknak kamu menyesal seperti abg.belajarlah selagi kamu masih hidup.isikan lah hidup kamu penuh dengan ilmu.abg sayang kamu mil.
ADIK ATIRAH
ati.kamu da besar dik.abg teringat masa kamu kecik.sekarang kamu sekolah kat asrama.kadang2 abg rindu kamu dik.abg nak jadi abg yang terbaik tuk adk2 abg.belajar rajin2 ye?abg sayang kamu ati.
ADIK FATIHAH
nama adk aku yang ni fatihah.tapi aku panggil dia dedebab.dlu kecik comel je.bila da besa dedebab skit.hehe.adk aku yang sorang nie paling manja ngn aku.kalau aku duduk sorang2 mesti dia datang cium pipi dan peluk aku.aku selalu seloroh ngan dia.ajar dia silat dan macam2 lagi.abg sayang iha tau dedebab.
hargailah keluarga korang selagi keluarga korang ada.kerana keluarga tiada ganti didunia.mana tau esok lusa salah sorang dari orang2 yang korang sayang ni pergi.dapat korang lihat senyuman dorang?dapat korang dengar gelak tawa dorang?
fikirkanlah kawan2

balas tag yatie!

5 tabiat buruk di zaman persekolahan?
1. suke ponteng class mase cikgu ade dan takde xD
2. suke tdo mase cikgu mengajar xD
3. suke lawan cakap cikgu xD
4. suke g toilet buang air dan kemaskan diri xD
5. ponteng sekolah lalu pagar belakang tandas lelaki xD



5 subjek kegemaran anda dan kenapa?
1. pend.seni visual-haha..sebab senang and dapat A mase SPM dalam pendidikan seni xD


3 subjek yang anda tidak suka dan kenapa?
1.semua subject tak suke sebab membosankan kecuali seni xD


Apa yang menarik pada kamu?
1. muke aku kot sebab ramai orang kate aku cute/baby face(orang kate bukan aku tau) :)
2. aku akan dahulukan orang2 yang aku sayang dari diri aku sendiri(aku tak penting diri)
3. cintakan haiwan(itu mmg sifat aku)
4. pendengar yang baik(kalau tak caye tanye kawan aku frederick mase dia ade problem dulu)
5. aku suke ape saje yang berkaitan dengan seni photogrphy,editing,music,lukisan(senang cite aku mmg berseni lah) :)



Anda tidak boleh hidup tanpa?
1. orang2 yang aku sayang(ayah,ibu,adik2,dan siDIA) :)
2. handset kot sebab nak contact yang tersayang senang :)
3. duit?munkin aku boley hidup tanpa duit sebab duit boleh dicari(kasih sayang dari yang tersayang tiada ganti)
4. makan dan minuman la(kalau takde mati la manusia)hahaha xD
5. internet(sebab boring tahap max kalau takde internet! xP



Setiap malam sebelum tidur ape yang anda perlukan?
1. aku perlukan 5 bantal tuk tido(2 tuk kepale,1 tuk peluk,1 tuk peluk kat kaki,dan lagi satu kat belakang badan bile aku tidor mengereng) xD
2. mesti ade selimut sebab adk aki yang keik suke sangat bukak aircond(sejuk beb)
3. tutup lampu(sebab aku tak selesa kalau bukak lampu.rimas)
4. tgok discovery channel dlu sebelum tdo(tambah ilmu pengetahuan)
5. kene buang air kecik(kalau tak terjage tengah malam sebab sejuk)hahahha xD


HABIS SUDAH x)

kereta wira ku

ha.kalau sebelum ni aku ade update tentang kreta yang aku suka kan?tapi aku terlupa nak letak picture kreta aku.nie la kreta aku.actually aku tak suka kreta nie sebab bontot kreta ni panjang.tapi nak buat camne.pkai jela.asalkan boleh dipakai betul tak?hehe.


tawaran ke KLMU

semalam aku ade dapat tawaran ke kolej university KLMU.happy sangat akhirnye ade gak tawaran.hope tawaran tu tuk amik diploma.sbb aku tak layak nak amik diploma sebenarnye.hahaha.semalam aku happy bukan main lagi.mane tak nye.dari pas amik result spm aritue benda nie la yang aku tunggu2 kan.anyway aku nak ucapkan banyak2 pada ibu dan ayah aku yang banyak susah2 tuk aku daftar sana sini.tak lupe gak kt yatie(yang tersayang)coz banyak bg semangat kat aku.hehe.intake jun/july nie.hope dapat la.amin..

masyam;hey korang sume!doakan aku tau?hehe..

kereta?

hahaha.bile cakap pasal kreta nie nak katekan majoriti lelaki suke pada pengubah suaian kreta.tak kira la kreta tu jenis apa sekali pun.ini adalah satu hobi bagi lelaki yang sukekan kreta.aku juga tergolong dalam golongan yang menjadikan pengubahsuaian kreta sebagai hobi.tapi tak dapat aku nak modified sebab kreta aku skrg ni bukan atas nama aku.kreta ayah aku belikan.haha.tak dapatla aku nak buat ikut suke ati aku kat kreta tu.terpaksalah aku klua sebijik kreta sendiri bile da keje nanti.korang nak tau kreta ape yang aku idamkan?lihat gambar2 bawah ni.





















OH ROBOROVSKI!


buat mase ni aku ade 5 ekor hamster jenis ROBOROVSKI.actually dlu aku beli 4 ekor.2jantan 2betine.pastu pulak sekor jantan mati sebab berebut betine ngn jantan lagi satu.hehe.maklumla ade due betine kn?yang jantan sekor nie plak taknak ngalah.nak due2 gak.ish2.camtuela kerenah hamster aku.da byak kali hamster aku tu lahirkan anak.tapi mati je keje.pening2.aku kot yang tak pandai jadi bidan dorang.haha.sampaila sekarang.macam aku cakap tinggal 5 ekor je.aku ingat nak wat bisnes jual hamster.aunty petshop tue pon da tnye aku "kalau u mau jual u jual sama aunty la".aku pon cakap ok je.haha.aunty tue baik ngn aku.korang yang ade binatang kat umah nie kalaw nak beli barang2 binatang datangla kat petshop equine park k?dekat ngan jusco equine je.tak jauh.(saje tolong aunty tue promote kedai die).lagi pun aunty tue da banyak tolong aku.ha.kalau korang rase nak beli hamster nie cakapla kat aku.kalau da sampai masenye aku akan start jual.mungkin harganye dalam RM15 each(promote nie!)

ketahuilah tentang diri aku


name aku ahmad nabil bin ahmad roslan zaki.orang panggil aku nabil je.tahun nie genapla usia aku yang ke 18tahun pada 2 ogos 2009.bermakne tamat la pengajian aku di "sekolah menengah kebangsaan puchong utama (1)".dan kali ni aku melangkah satu lagi anak tangga tuk aku capai cita2 aku nk jadi graphic designer.susah kan bunyi nye?haha.mmg susah dan banyak lagi yang perlu aku lalui tuk capai cita2 aku ni.terpaksa aku ulang paper SPM tuk cover balik result spm aku.(tuela mase sekolah main2 lagi).sedey mmg la sedey kan?tapi nak wat camne terpakse aku ulang.kalau tak tak kemane aku nnti.harapnya result kali nie memuaskan.haha.nak sambung belajar beb!nk rase gak belajar kat kolej nie.orang kate belajar kat kolej/u nie susah.orang kate la.tue yang bakar semangat aku nie.lagi2 kalau dapat cost graphic design.ha!korang jgnla lupe doa2kan aku nie.aku ni takla pandai.cume yang aku mampu buat yang terbaik je.taknak aku sia2kan usia aku nie tuk enjoy2.aku nak kalau boleh aku nak abiskan usia muda aku nie ngan ilmu yang selame nie aku tggalkan.dan aku nak buat keluarga aku bangga ngn aku suatu hari nanti.