ONCE-Aku Mau

Arini aku nak update satu lagu ni.aku suke lirik lagu ni.tak taula knpa.haha.korang dengar jela lagu ni k?mungkin lagu ni akan lama dalam blog aku ni.peace yaa!


Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu

Kisah Semalam

sepeti kebiasaan aku bangun kul 12/1.terdengar sayu panggilan bapak aku(nak.bangun.da tengahari nie.bgun belajar).terus aku bangun walaupun dalam hati panas je bapak aku suh belajar.haha.pastu aku naik atas g bilik aku.actually nak bajet macam nak mandi depan bapak aku.tapi bile sampai bilik je aku terus kunci pintu and baring.hehe.aku dengar kreta bapak aku berbunyi.(Yes2!bapak aku da kua!).haha.masenye tuk aku turun balik.aku g bagi makan kat rabbit aku kat belakang rumah tue.aduhai.jenuh tul la bg makan kat rabbit aku nie.dahla lambat nak ngandung.dorang tak kuat romen!tuela tak ngandung2 si betina tu.pastu seperti biase duduk depan pc(ape lagi on9 la!).aku nie kalau takde komputer takley.nnti boring tahap max!sampai la petang.terlintas difikiran aku.nak jumpe yatie la.aku terus msg yatie "sayang.nnti kalau da balik cakap tau?asyam nak datang jumpe ucuk".aku terus g mandi sebersih2nye.mane taknye.tak mandi sampai ke petang(bau tengkik oouuuhh!).keluar je dari bilik air dengan berbekalkan tuala menutup segale aurat aku,(sexynyew aku.haha!)aku terus tengok handset.ade pulak msg dari yatie "sayang.ucuk da sampai rumah da" aku ape lagi.terus g pkai bju.aku terus g Pantai Dalam.akhirnye sampai gak aku kat pantai dalam.aku kol yatie "sayang asyam da sampai ni".aku tunggu(1minit,2minit,3minit,4minit,5minit,6minit,7minit,8minit,9minit,10minit).aku kol yatie lagi "sayang mane nie npe lambat?" dia cakap "jap sayang ngah siap ni".rupe2nye die baru abis mandi.haha.patut la lambat je.perut aku da lapar sangat nie.dari pagi tak makan lagi.pada mulanye nak makan kat Ali Cafe.tapi takde parking plak.aduhai.yatie cakap "sayang.kita g mid jom".aku ape lagi.g la mid.aku makan kat food court kat 3floor.aku makan Young Tau Foo!dia makan Nasi Ayam.(wah!kenyang gile!).sambil2 makan tue aku cakap kat dia "nak g mane plak pas ni sayang" dia cakap "g dataran nak?ley tangkap gambar".kitorang pown berangkat ke dataran.sampai je kat situ dataran tutup plak.aduhai.camne nie.die cakap "g titiwangsa nak sayang?"aku ok je.haha.aku ngn die pown g titiwangsa.sampai titiwangsa kitorang duduk 2 tagkap gambar.nk tgok gambar2 yang di tangkap?tgok bawah.




bertapa xD



muke comel yatie xD



antara muka comel aku xD hahaha

after penat aku ngan yatie pown balik.tamat la cerita aku hari ini!

^_^

Beruk!

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
Sam & Dol : Paham cikgu!
Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??
Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati)

Isteri!

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..."

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. "Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang .... ayang masih di sisi abang.

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah kuat...

Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS KAU SEKARANG!!


hahahaha!!
xD

Suami Setuju

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!



hahaha.kelakar memang kelakar.tapi ade pengajarannya.nak tau ape pengajarannya?
LU PIKIRLA SENDIRI!
^_^
PEACE!

Happy Anniversary Sayang!

hari ni 17/4/2009.kalau korang nak tau hari ape bace title.hehe.sejak aku dan siDIA bersatu pada 17/11/2007 byak yang dilalui.suka dan duka silih berganti.tapi alhamdulillah kami masih kekal bersama.sekarang ni die da start keje.maklumlah da abis belajar.hehe.mungkin agar sukar aku nak jumpe ngn die skarang nie.tp takpe.aku paham situasi die sekarang nie.korang doa2kan hubungan aku dan yatie ye?jgn lupe..ngee~

untuk mucuk;sayang.terima kasih atas everything yang ucuk korbankan tuk asyam selama hubungan kita ini sayang.banyakkan suka duka yang kita harungi?kita menangis.kite ketawa.semuanya bersama.asyam nk sentiasa disisi ucuk saat susah dan senang sayang.asyam akan pertahankan hubungan kita ini dengan nyawa asyam.sayang.selagi asyam bernafas kat dunia ini.dalam hati asyam hanya ada diri ucuk.tidak akan ada pengganti diri ucuk kat dunia ciptaan Allah ini.HAPPY ANNIVERSARY YANG KE-1thn 5bln SAYANG!

71117

50 Tips Pikat Lelaki!

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!